August 29, 2018

Tips Penjagaan Muka Yang Betul Kalau Nak Muka Sentiasa Cantik, Cerah, Dan Berseri

Wednesday, August 29, 2018 0 Comments

Kali ni Cik Azra nak kongsikan tips penjagaan muka yang betul. Siapa yang nak muka sentiasa cantik, bersih, lembut, gebu, cerah, dan berseri, meh amalkan tips-tips ini:

Cuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

Mencuci muka adalah wajib kalau awak inginkan kulit muka yang cantik. Walau pun dihujung minggu awak cuma melepak kat rumah, malas nak mandi dari pagi bawa ke malam, rupa dah macam kak limah, pastikan awak tetap cuci muka. Mencuci muka yang Cik Azra maksudkan ialah mencuci dengan bersih menggunakan sabun pencuci muka ye. Bukannya cuci muka ala kadar macam P. Ramlee.

Nak pakai pencuci muka apa? Semestinya pencuci muka feveret Cik Azra iaitu Azra Pearl Soap.



Cuci muka dengan air suam, diikuti air sejuk.
Haa sudah. Kenapa pulak nak kena cuci dengan air suam, air sejuk bagai ni? Sayang-sayang sekalian,
untuk mendapatkan kulit  yang cantik mavam Cik Azra, ikutlah tips ni, basuh muka dengan air suam. Tujuannya untuk membuka pori-pori supaya kotoran yang melekat di dalam liang pori dapat dibersihkan semasa kita mencuci muka. 

Selepas selesai mencuci muka, semua buih dari pencuci muka sudah dibersihkan, awak bilas pula dengan air sejuk. Tujuan membilas dengan air sejuk ialah untuk menutup semula pori-pori yang terbuka. Ok, faham?

Penyegar atau toner.
Selepas awak dah cuci muka dengan bersih, dan dibilas dengan air sejuk, keringkan wajah. Jangan lupa pakai toner atau penyegar. Fungsi utama toner ialah untuk menutup liang pori yang masih terbuka. Kenapa penting untuk kita pastikan liang pori tidak terbuka?

Liang pori yang terbuka akan menjadi perangkap habuk, debu, minyak, dan semua kotoran yang berada di udara. Segala jenis bendasing yang terperangkap dalam liang pori akan menyebabkan muka awak mengalami masalah kulit seperti blackhead, whitehead, dan jerawat.

Selain menutup liang pori, toner juga berfungsi untuk menghilangkan saki-baki kotoran yang masih tertinggal diwajah, terutamnya jika awak jenis  yang bermakeup.

Sekarang  awak dah faham betapa pentingnya toner dalam rutin kecantikan harian untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri, kan? Nak pakai toner apa? Semestinya Azra Pearl Toner.



Cara menggunakan toner dengan betul.
Ada dua cara untuk menggunakan toner.
  • Sapukan toner ke wajah, dan ratakan dengan hujung jari.
  • Sapukan toner ke wajah, gunakan cotton ball untuk meratakan toner di wajah. Cara ini adalah favourite Cik Azra kerana dengan menggunakan cotton ball, segala kotoran yang masih tertinggal di wajah akan melekat pada cotton ball. Jika cotton ball menjadi kotor, gunakan cotton ball yang baru. Ulang sehingga cotton ball menjadi betul-betul bersih.
Pelembab.
Pelembab adalah sangat penting kalau awak inginkan wajah yang cantik, berseri, dan awet muda macam Cik Azra . Tahukah anda? Kulit yang kering akan berkedut lebih awal berbanding kulit yang lembab dan disapukan dengan pelembab secara konsisten setiap hari.

Ramai yang beranggapan bahawa kita tak perlu memakai pelembab jika tidak keluar outdoor. Ianya salah sama sekali. Awak wajib memakai pelembab sekali pun anda duduk di dalam bangunan, terutamanya jika anda duduk didalam penyaman udara. Penyaman udara menyedut lembapan dari kulit dan menyebabkan kulit menjadi sangat kering tanpa kita sedari.

Nak pakai pelembab jenama apa? Pilihan Cik Azra semestinya Azra Pearl Moisturizer.



Pelindung UV.
Tak kira sama ada awak sentiasa berada di dalam bangunan atau banyak menghabiskan masa di luar, wajib pakai pelindung uv. Kita semua sedia maklum bahawa lapisan ozon kita semakin menipis dan tidak lagi mampu untuk menapis sinaran UV yang boleh merosakkan kulit.

Oleh itu, pastikan kulit wajah awak sentiasa dilindungi dengan pelindung UV setiap hari.

Elakkan produk yang mengandungi bahan kimia merbahaya
Terdapat lambakan produk kecantikan di pasaran. Jenama produk penjagaan kulit bertambah setiap hari bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Apa pun jenama pilihan awak, pastikan ianya selamat dari bahan kimia merbahaya dan bahan pengawet merbahaya.

Tiada gunanya kalau kulit awak flawless dalam masa 3 hari, tapi akibatnya kulit muka awak rosak apabila berhenti menggunakan produk tersebut. Lagi parah kalau organ dalaman awak rosak atau kandungan awak gugur disebabkan bahan kimia beracun yang anda sapu ke wajah.

Ok, itulah dia tips penjagaan muka dengan betul yang Cik Azra nak kongsikan hari ini. Nak kulit muka cantik macam Cik Azra? Amalkanlah tips-tips di atas.